Widad dapat kontrak RM89.8 juta daripada kerajaan Kedah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Widad Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Widad Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM89.8 juta daripada kerajaan negeri Kedah untuk menaik taraf loji rawatan air Sungai Limau di Baling.

-Advertisement-

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata kontrak itu berkuat kuasa dari 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023.

-Advertisement-

Menurut syarikat itu, projek terbabit tidak akan membawa sebarang impak ke atas modal saham yang diterbitkan Widad dan pemegangan saham pemegang saham utama namun ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan.-BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427