Wanita Muslim pertama dilantik Peguam Besar wilayah AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

MICHIGAN: Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama memegang jawatan sebagai Peguam Besar Negeri di negara itu.

-Advertisement-

Berdasarkan laporan akhbar terbesar di Michigan, The Detroit Free Press, Saima Mohsin, 52, menggantikan Matthew Schneider di daerah Detroit, Michigan dan bakal memulakan tugasnya pada 2 Februari hadapan.

Mengikut Perlembagaan AS, Peguam Besar Negeri juga merupakan Ketua Penguatkuasaan Undang-undang Persekutuan di kawasan mereka, dan turut terlibat dalam proses litigasi yang membabitkan kerajaan AS.

Presiden mempunyai kuasa untuk melantik Peguam AS di setiap 94 kawasan daerah Persekutuan AS.

Schneider yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Michigan, selain mengumumkan persaraannya pada Khamis, turut memberitahu media bahawa Mohsin, yang ketika ini penolong pertama Peguam AS untuk daerah timur Michigan akan menggantikannya.

-Advertisement-

Lahir di Pakistan, Mohsin telah menjadi Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih sedekad, dan mula berkhidmat di Pejabat Peguam AS sejak 2002.

“Sebagai seorang Muslim yang datang dari benua Asia, beliau akan membawa kepelbagaian dalam posisi yang cukup penting, iaitu Ketua Penguat Kuasa Persekutuan di bahagian timur negeri ini,” menurut akhbar itu lagi.

Pelantikan Mohsin bagaimanapun perlu disahkan Dewan Senat AS sebelum boleh menjawat jawatan itu secara kekal.

-SH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427