Wanita antara tiga ditahan edar dadah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita di Kuchai Enterpreneur Park, Jalan Kuchai Lama, di sini semalam kerana disyaki mengedar dadah.

-Advertisement-

Semua suspek berusia antara 20 hingga 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam operasi pada jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata polis merampas tujuh peket plastik berisi dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 63.3 gram dan satu pil ekstasi (0.7 gram) dengan nilai keseluruhan RM3,816 dalam operasi itu.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah, manakala semakan lanjut menunjukkan mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

-Advertisement-

“Hasil tangkapan itu, polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi warga tempatan. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket lain berkaitan dan sumber bekalan dadah diperoleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek terbabit dalam aktiviti pengedaran bahan terlarang itu sejak dua bulan lalu dan dadah dirampas mampu memenuhi bekalan untuk 70 pengguna.

Semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427