Wang Yi dijadual hadiri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Siri mesyuarat menteri luar mengenai kerjasama Asia Timur dilihat sebagai platform untuk memperkukuh kesalingpercayaan dan menggalakkan kolaborasi, menurut Kementerian Luar China.

-Advertisement-

Jurucakapnya, Wang Wenbin mengumumkan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi akan menghadiri mesyuarat berkenaan di Jakarta yang dijadual bermula 13 hingga 14 Julai.

Antaranya, mesyuarat menteri luar China-ASEAN (10+1), mesyuarat menteri luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), mesyuarat menteri luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mesyuarat menteri luar Forum Serantau ASEAN (ARF).

Wang berkata, China berharap siri mesyuarat kali ini dapat menghimpunkan lebih banyak konsensus, membuat persiapan rapi untuk sidang kemuncak pada September, di samping mendorong kedamaian dan kemakmuran serantau.
“China akan bersama negara serantau menyokong teguh perpaduan serta pembinaan komuniti ASEAN, menyemarakkan prinsip Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), selain menjunjung peraturan dan orde serantau,” kata beliau dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Menurut Wang, hubungan antara China dengan negara serantau mengekalkan momentum untuk terus berkembang.

-Advertisement-

Selain itu, beliau berkata, perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN berada pada tahap tinggi, manakala kerjasama muhibah terus diperkasa yang turut menjana kerjasama keseluruhan Asia Timur.

Wang berkata, perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) harus dimanfaatkan bagi memastikan rantaian perindustrian dan bekalan serantau kekal stabil dan licin.

“China akan bersinergi dengan negara serantau dalam mempraktikkan multilateralisme jitu, memajukan regionalisme terbuka dan memastikan kerjasama Asia Timur bergerak di haluan yang tepat,” katanya. – BERNAMA-CMG

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427