KUALA LUMPUR – Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula pada tahun ini.
Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kementerian akan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS).
“Kemasukan asrama adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Selari dengan itu, Pertaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga dimansuhkan,”katanya pada sidang akhbar khas di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini. -Kosmo