United rugi RM134 juta jika gagal layak Liga Juara-Juara

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Kelab Manchester United berdepan kerugian 25 juta pound (RM134.08 juta) daripada 75 juta pound (RM402.23 juta) hasil penajaan Adidas jika mereka gagal layak ke Liga Juara-Juara.

-Advertisement-

United seri 2-2 berdepan Southampton semalam untuk merencatkan harapan mereka ke kejohanan elit Eropah itu.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer juga gagal layak ke Liga Juara-Juara musim lalu.

Jika ia sekali lagi terjadi, ia bakal memberikan kesan kewangan besar lapor Daily Mail.

Penajaan pakaian terhadap United bernilai 75 juta pound (RM402.23 juta) setahun, kedua termahal di belakang Liverpool yang bernilai 80 juta pound (RM429.04 juta) setahun bersama Nike.

-Advertisement-

Tapi jumlah itu akan kurang kepada 50 juta pound (RM268.15 juta) jika gagal berada di empat tempat teratas.

Penggantungan dua tahun Manchester City dalam Liga Juara-Juara ditarik balik Mahkamah Timbang Tara Sukan kelmarin.

Ia bermakna hanya empat tempat teratas akan ke kejohanan Eropah musim depan.

– AGENSI


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373