Putrajaya, 28 Sept 19 (TheCapitalPost) – Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tahun 2019, kertas Bahasa Melayu 1 & 2 yang dijadualkan pada 30 Oktober 2019 telah ditangguhkan kepada 9 Oktober 2019 manakala Pentaksiran Asas Vokasional (PAV) yang dijadualkan berlangsung pada 30 Septemner 2019 ini telah ditangguhkan pada 3 Oktober 2019.
Pengumuman imi berikutkan daripada Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah mengumumkan 29 dan 30 September 2019 sebagai cuti peristiwa bagi menghormati perkabungan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra. Kenyataan Media Pengumuman ini dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malayaisa dalam lamam media sosial untuk perhatian kepada semua calon – calon PT3 dan PAV. – The Capital Post