UiTM akan ambil tindakan pensyarah perlekeh pelajar B40

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

-Advertisement-

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah itu.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

-Advertisement-

“Saya difahamkan, insiden terbabit berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini, hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427