LONDON: Manchester United dilaporkan semakin hampir untuk mengikat pemain tengah Manuel Ugarte dari Paris Saint-Germain (PSG).
Seperti dilaporkan Get Football News France, United hampir pasti bersetuju dengan yuran perpindahan £51 juta (RM292 juta) bagi mendapatkan khidmat Ugarte.
PSG mengikat Ugarte dari Sporting tahun lalu dengan bayaran sekitar 60 juta euro (RM244 juta) bermakna kelab Perancis itu tidak mengalami banyak kerugian hasil penjualannya.
Ugarte memukau pada permulaan musim lalu bersama PSG tetapi kehilangan tempatnya dan dikatakan tidak sesuai dengan corak permainan kendalian jurulatih Luis Enrique.
Bos PSG, Enrique dilapor bimbang mengenai kelemahan Ugarte mengawal bola.
Bagaimanapun, bos United, Erik ten Hag percaya pemain berusia 23 tahun itu boleh membuat impak besar di Old Trafford.
Di sebalik kesukarannya di PSG, Ugarte masih tampil 37 perlawanan musim lalu ketika pasukan Enrique menang tiga kejuaraan domestik – Ligue 1, Piala Perancis dan Trofi Juara-Juara.
Dia diketepikan daripada skuad PSG bagi aksi pembukaan Ligue 1 menentang Le Havre.
Ugarte sudah beraksi 22 kali bersama Uruguay, membuat penampilan sulung pada tahun 2021.
-AGENSI
-BeritaHarian