TOKYO- Tujuh orang, termasuk empat kanak-kanak, dikejarkan ke hospital selepas sebuah van mini merempuh mereka di Bandar Hachioji di barat Jepun, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan anggota polis dan bomba tempatan pada Isnin.
Menurut anggota polis dan bomba, kanak-kanak terbabit yang berusia setahun dan dua tahun, cedera ringan dalam insiden itu.
Kecederaan tiga lagi mangsa, dipercayai guru tabika dan pemandu van mini, belum diketahui.
Insiden berlaku pada kira-kira pukul 10.20 pagi ketika kanak-kanak terbabit, yang berada berhampiran tabika mereka, berjalan di kawasan lintasan untuk pejalan kaki.
Menurut anggota polis dan bomba, siasatan berkaitan nahas itu, yang berlaku 3.5 kilometer di utara Stesen JR Hachioji, sedang berjalan.- BERNAMA