Tuchel yakin raih bintang kedua England

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Pengendali baharu England, Thomas Tuchel meletakkan sasaran untuk memenangi Piala Dunia 2026 buat negara itu.

-Advertisement-

Tuchel, 51, menandatangani kontrak 18 bulan untuk membawa England mengharungi Piala Dunia di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain, Chelsea dan Bayern Munich itu meminjam kata-kata legenda Brazil, Pele ketika menggambarkan perasaannya menjadi ketua jurulatih England.

“Saya sangat teruja dan berbangga berada di sini hari ini sebagai ketua jurulatih baharu England.

-Advertisement-

“Saya baru sahaja terbaca petikan kata-kata Pele yang berkata, Wembley adalah jantung, ibu kota dan katedral bagi bola sepak, dan saya rasa dia betul,” kata Tuchel ketika sidang media di Wembley.

England bagaimanapun gagal memenangi Piala Dunia, atau trofi utama lain sejak Piala Dunia 1966, dan Tuchel berkata sekarang adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan barisan pemain terbaik yang ada sejak skuad juara berkenaan.

“Saya faham ia tugas yang sukar. Sebaik sahaja saya membayangkan tempoh dari Januari hingga Piala Dunia, saya mula teruja. Ia menepati keazaman saya untuk membawa kumpulan pemain ini.

“Persekutuan ini mempunyai rekod baik dalam kejohanan-kejohanan lalu dan saya bersemangat untuk membantu meletakkan satu lagi bintang di jersi,” katanya.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427