WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menolak untuk membuat perundingan semula perjanjian perdagangan yang ditandatangani dengan China.
“Saya tidak berminat dalam hal itu,” kata Trump kepada wartawan ketika ditanya mengenai laporan bahawa China ingin membuka semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan yang ditandatangani, pada Januari.
“Tidak sedikit pun. Mari kita lihat apakah mereka memenuhi perjanjian yang mereka tandatangani “, kata Trump. – AFP