Trend solekan kelihatan amat berbeza menjelang 2050 – pakar AI

Estimate Reading Time: 2 minutes

JIKA teknologi mengalami revolusi seiring peredaran masa, solekan juga tidak ketinggalan, bahkan ia berevolusi dengan pantas sekali.

-Advertisement-

Seiring dengan perjalanannya waktu, gaya mekap atau solekan juga benar-benar berubah menjelang 2050

Menurut Vogue, trend terbaik pada tahun ini adalah Y2K (berfikir, berkilauan dan futuristik), solekan retro berkilau, perhiasan pada muka dan badan, bercelak, kening nipis dan utamakan penjagaan kulit.

Akan tetapi, melangkau 27 tahun ke hadapan, apa yang mungkin pakar ramalkan mengenai trend solekan menjelang 2050 nanti?

Memetik laporan Express.co.uk yang menemubual jenama berus solek terkemuka, Spectrum Collections meramalkan, terdapat dua senario berbeza hasil ‘eksperimen’ dijalankan pihaknya untuk mencipta imej solekan dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Menurut pakar futuristik, Tom Cheesewright, hasil penemuan untuk mencipta imej AI turut menggembleng beberapa ‘pembolehubah’ antaranya pengaruh peristiwa budaya dan alam sekitar yang sangat topikal.

Solekan menjelang 2050

Beliau meramalkan bahawa solekan akan terbahagi kepada dua senario menjelang 2050.

Senario pertama, solekan akan lebih semula jadi dan sihat.

Senario kedua, solekan bercirikan penampilan yang besar dan berani, selain tidak terlepas bereksperimen dengan warna serta dilakukan secara sendiri (DIY).

Menerangkan dengan lebih lanjut senario pertama, Cheesewright menamakan ia sebagai ‘NaturalPlus’.

Katanya, teknologi digital begitu sinonim dalam kehidupan seharian terutama sewaktu penularan wabak pandemik COVID-19, di mana ramai menggunakan bermacam-macam jenis peranti untuk berhubung antara satu sama lain, bekerja dan mendapatkan berita terkini.

-Advertisement-

Oleh yang demikian, beliau tampil dengan satu hipotesis yang berbunyi – semakin banyak masa dihabiskan di belakang skrin, semakin manusia itu mendambakan dunia fizikal.

Tumpuan kepada penjagaan kulit

Akibatnya pada 2050, beliau menjangkakan mungkin banyak tumpuan akan diberikan terhadap aspek penjagaan kulit dan kecantikan semula jadi, sekali gus memungkinkan orang ramai akan menekankan keunikan masing-masing melalui solekan.

Ekoran gelombang haba yang menjengah ketika ini ekoran perubahan iklim, beliau meramalkan penggunaan pelindung matahari (SPF) juga akan menjadi semakin popular.

“Di United Kingdom (UK), kita mungkin melihat purata suhu musim panas mencecah 27 darjah Celsius sehingga anda merasakan suhu puncak dan kesannya terhadap kesihatan, infrastruktur dan bekalan air.

“Dengan suhu meningkat mencecah 45 atau bahkan 50 darjah Celsius, kami perlu melakukan banyak perubahan untuk menyesuaikan diri, termasuk solekan kami,” katanya.

Karakter lebih berani

Mengenai senario kedua yang digelarkan sebagai SuperHuman, Cheesewright meramalkan, trend solekan menjelang 2050 menampilkan karakter yang lebih berani.

Jelasnya, kemajuan pesat dalam teknologi digital mengubah cara dunia berfungsi namun, gelombang teknologi seterusnya mungkin mengubah cara dunia kelihatan.

“Sains baharu ini mungkin memberanikan kita dari segi penggayaan. Apabila kami mempunyai kemajuan dalam sains nuklear dan eronautik semasa zaman atom, zaman angkasa sekitar 50an dan 60an, warna cerah, sayap besar dan bentuk yang hebat umpama kemarahan dalam fesyen, seni bina serta automatif. Kami mempunyai solekan untuk dipadankan,” katanya.

Solekan dipengaruhi inspirasi beberapa negara

Pada masa sama, Cheesewright turut meramalkan solekan masa depan nanti dipengaruhi inspirasi budaya dari India, Nigeria dan Brazil sambil tidak menolak UK mungkin akan menjengah ke negara berkenaan untuk mendapatkan teknologi baharu, muzik, makanan dan fesyen, apatah lagi alat solek.
– Agensi
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427