TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia di Turki

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR,  — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Afyonkarahisar, Turki, semalam.

-Advertisement-

“Takziah kepada keluarga Encik Azalan bin Miswan yang telah meninggal dunia di Turki.

“Dia dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan lagi 10 orang telah dimasukkan dalam hospital, empat cedera serius. Ini salah satu daripada apa yang kita rasa tragedi memang malang tidak berbau,” kataya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

-Advertisement-

Kemalangan itu dilaporkan berlaku semasa bas yang dinaiki oleh rombongan 35 rakyat Malaysia itu dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

— BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427