“Tidak Guna Pegang Jawatan Kalau Tidak Boleh Berkhidmat kepada Rakyat” – Presiden MIC

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2019  (The Capital Post) – “Jawatan dalam Kerajaan Negeri seperti Pegawai Khas kepada Menteri Besar dan Ahli Majlis adalah untuk membantu rakyat jelata, apa gunanya jawatan – jawatan tersebut jika ianya tidak boleh membantu masyarakat” kata Tan Sri SA. Vigneswaran selepas mengarahkan En. Arumugam, Ketua MIC Negeri Pahang dan 11 Ahli Majlis lain untuk letak jawatan serta merta sebagai tanda protes kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

-Advertisement-

Ini rentetan daripada keputusan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan untuk memberhentikan segala jenis aktiviti pertanian di kawasan tersebut yang menyebabkan berlakunya pencemaran air sungai yang menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Cameron Highlands.

-Advertisement-

Perletakan jawatan secara berkumpulan ini mengejutkan ramai ahli politik khusus dalam kalangan Barisan Nasional yang memuji tindakan Presiden MIC yang berani bertindak sedemikian dalam memperjuangkan hak komuniti india Cameron Highlands. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427