KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan baharu disediakan untuk iklan dan promosi ke atas Perdana Menteri, Malaysia MADANI pada 2023, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Prabakaran A/L M Parameswaran (PH-Batu) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Prabakaran mahu mengetahui jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian Kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital dan juga media televisyen sepanjang tahun sejak tahun 2020 hingga kini.
– BeritaHarian