Tiada lagi sekatan pergerakan rakyat, sektor ekonomi – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulangi pendirian kerajaan tidak lagi melaksanakan sekatan terhadap pergerakan rakyat dan sektor ekonomi dalam menghadapi penularan COVID-19.

-Advertisement-

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan mengambil pendekatan lebih teratur dan tidak terlalu keras berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), terutama berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

“Kerajaan kini memberi tumpu untuk terus mengurangkan kes pandemik dan pada masa sama, memulihkan ekonomi.

“Dua hari lalu, kerajaan sudah mengumumkan bahawa kita tidak membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat. Tiada istilah menyekat pergerakan dari daerah ke daerah dan negeri ke negeri lain.

-Advertisement-

“Cuma, kita masih menutup sempadan negara. Ini kerana kes di negara luar masih tinggi. Justeri, kita berhati-hati walaupun sudah memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Singapura.

“Kita juga sedang membincangkan VTL dengan Indonesia dan sepatutnya ke Thailand, tetapi kes meningkat maka kita menggantung pergerakan ke luar negara ini dulu,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427