Tiada gencatan senjata, bahan api sehingga tebusan dibebaskan – Netanyahu

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menegaskan tidak akan ada gencatan senjata atau penghantaran bahan api ke Semenanjung Gaza melainkan tebusan ditahan Hamas dibebaskan.

“Tidak akan ada kemasukan petrol atau gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan kami,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan di televisyen yang dilaporkan Anadolu.

Kumpulan Palestin Hamas dipercayai menahan sekurang-kurangnya 242 tebusan berikutan serangan rentas sempadannya ke wilayah Israel pada 7 Oktober lalu.

Netanyahu mendakwa tenteranya berjaya berada lebih jauh ke dalam Gaza City, jauh daripada apa yang Hamas bayangkan.

“Gaza City dikepung. Kami beroperasi di dalamnya, kami memperdalam tekanan terhadap Hamas setiap jam, setiap hari,” katanya.

Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, telah terbunuh sejak itu, manakala angka kematian di pihak Israel hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464