PETALING JAYA, 13 Oktober 2022 (The Capital Post) : PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
“Melalui mesyuarat ini juga, PAS memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN,” katanya di sini hari ini.
Perkembangan ini bermakna PAS menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjalinkan kerjasama pada PRU-15.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU-15.
-BH