Tedesco yakin terhadap ‘generasi baharu’ Belgium

Estimate Reading Time: < 1 minute

ROME: Jurulatih Domenico Tedesco yakin generasi baharu bakat muda Belgium mampu memukau di sebalik ketiadaan beberapa nama besar.

-Advertisement-

Belgium akan berdepan Itali di Rome awal pagi esok dalam Liga Negara-Negara tanpa kapten yang cedera Kevin De Bruyne dan penyerang Romelu Lukaku.

“Kami ada beberapa pemain tidak boleh beraksi… Tetapi kami mempunyai ramai pemain muda berbakat, satu generasi baharu, penuh bakat, kami gembira,” kata Tedesco pada sidang akhbar semalam.

Ketika Itali mengungguli Kumpulan A2 dengan enam mata maksimum, pasukan Tedesco di tangga ketiga terikat mata dengan pasukan tangga kedua Perancis selepas mereka menundukkan Israel 3-1 dan tewas 2-0 kepada Perancis dalam dua perlawanan pertama mereka.
Mereka akan menentang Perancis sekali lagi awal pagi Selasa ini.

Ketika persaingan merebut tempat memuncak, Tedesco menamakan pemain tengah Atalanta, Charles De Ketelaere berhak mendapat tempat dalam pasukan itu.

-Advertisement-

De Bruyne terlepas aksi menentang Itali dan Perancis bulan ini dan juga meminta lebih masa rehat daripada pasukan kebangsaan.

Lukaku meminta dikecualikan daripada dua perlawanan bulan ini tetapi mungkin kembali pada November, kata Tedesco.

Tedesco, warga Jerman kelahiran Itali berkata, beliau tidak datang ke Rome sebagai “seorang pelancong” dan sudah memikirkan mengenai perlawanan itu selama berminggu-minggu.

“Saya tidak boleh menyembunyikan kecintaan saya, semangat saya untuk Itali, ia kali pertama saya akan berdepan Itali esok,” katanya.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427