Tambah sekatan jalan, kawal pergerakan orang ramai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sekatan jalan raya akan ditambah sebagai langkah mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan laporan diterimanya, beliau mendapati masih terdapat ramai orang keluar, sekali gus menjadi isu ketika ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan supaya pergerakan rakyat dapat dikawal.

“Dari segi SOP (prosedur operasi standard) setakat hari ini, kita sudah pun mengetatkan SOP.

“Setakat hari ini misalnya dari segi pasar raya, kita hadkan dari segi waktu perniagaan. Kita laksanakan penjarakan sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya dekat sini, hari ini

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa ada SOP dan ramai yang mengikutnya tetapi isunya, masih ada yang keluar.

“Sebenarnya, beberapa SOP yang diketatkan telah kita cadangkan. Bagaimanapun, pandangan KKM dan PDRM kita perlukan.

“Penambahan sekatan jalan raya kita percaya akan banyak lagi untuk kawalan pergerakan,” katanya. -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464