Taman tema terbesar di Jerman dibuka semula sehari selepas kebakaran

Estimate Reading Time: < 1 minute

STUTTGART: Taman tema terbesar di Jerman dijadual dibuka semula kepada pengunjung, hari ini, sehari selepas insiden kebakaran di tapak itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

-Advertisement-

Semua pusat tarikan dan hotel di Europa Park seluas 95 hektar akan dibuka seperti biasa, kecuali kawasan terjejas, kata jurucakap taman tema itu.

Kebakaran berlaku pada petang Isnin di bilik teknikal membabitkan sektor “Magic World of Diamonds”, yang menampilkan animasi orang kerdil bekerja di lombong berlian dengan seekor naga.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata seorang jurucakap taman tema itu pada pagi Selasa.

Mekanisme keselamatan seperti pengesan kebakaran dan penggera berfungsi dengan baik, menurut pihak polis.

-Advertisement-

Lebih 450 anggota bomba, pegawai polis, dan pasukan kecemasan lain dikerahkan ke lokasi terbabit.

Dalam kejadian itu, dua anggota bomba mengalami kecederaan ringan.

Kira-kira 25,000 orang berada di Europa Park ketika kebakaran berlaku.

– BERNAMA-dpa

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427