KABUL: Puak Taliban komited dalam memeterai perjanjian bersama Amerika Syarikat (AS), walaupun didakwa terbabit dalam melancarkan ribuan serangan di Afghanistan.
Dalam satu pesanan di akhir Ramadan, ketua puak itu, Haibatullah Akhunzada menggesa Washington agar tidak mensia-siakan peluang diberikan untuk mengakhiri peperangan terpanjang Amerika ini.
“Emiriah Islam komited dengan perjanjian ini dan menggesa pihak satu lagi juga menghormati peranan mereka serta tidak mensia-siakan peluang ini,” kata Akhunzada dalam satu kenyataan.
Selepas beberapa bulan berunding, Taliban dan menandatangani perjanjian Februari lalu, yang menyaksikan persetujuan Washington untuk mengundurkan tentera mereka menjelang tahun depan.
“Saya menggesa kerajaan Amerika untuk tidak melanggar perjanjian ini atau menangguhkan sebarang usaha diplomatik,” kata Akhunzada. – AFP