‘Tak putus-putus orang datang pejabat minta bantuan’, kata Syed Saddiq

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Situasi sebenar kedudukan ekonomi negara ditonjolkan di luar Pusat Khidmat Rakyat kendalian seorang Ahli Parlimen, yang mengakui dibanjiri orang ramai untuk mendapatkan bantuan selepas dibuang kerja atau gaji dipotong.

-Advertisement-

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini menunjukkan keadaan di lapangan semakin buruk.

“Tak putus putus orang datang ke pejabat minta bantuan.

“Mereka kata tiada tempat lain nak pergi. Ramai yang baru hilang kerja atau gaji dipotong,” tulisnya di Twitter.

Walaupun beratur panjang, Syed Saddiq berkata: “Saya tidak akan membiarkan mereka sendirian.”

-Advertisement-

Pengasas bersama MUDA itu berkata, dia akan melakukan apa yang termampu untuk membantu pengundi di kawasannya.

Semalam, Syed Saddiq berkata dia berjaya mengumpulkan derma berjumlah RM232,000 untuk program Pakej Bantuan Khas Muar Sejiwa.

Katanya, sebelum ini pakej itu adalah untuk memastikan tidak ada orang yang lapar dan dahaga di Muar sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan penuh yang bermula 1 Jun lalu.

Beliau berkata, melalui program itu 1,000 keluarga akan diberikan bakul makanan dan bantuan untuk mendaftar program vaksinasi, dengan perkhidmatan pengangkutan bagi mendapatkan suntikan di Johor Bahru.-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427