Tak perlu pakai pelitup muka ketika bahas, kata speaker

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kini diberi kelonggaran untuk membuka pelitup muka ketika berbahas.

-Advertisement-

Kelonggaran itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun susulan tiada kes Covid-19 direkodkan sepanjang persidangan berlangsung.

“Sepanjang persidangan kita kali ini dengan ujian RT-PCR dijalankan, tiada seorang pun didapati positif di Parlimen sepanjang persidangan ini.

-Advertisement-

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan ketika perbahasan dalam Dewan rakyat pelitup muka dibenarkan dibuka,” katanya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun beliau berkata, Ahli Parlimen perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap.-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427