Syed Saddiq diajak kembali bersama Kerajaan Perpaduan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diajak supaya kembali bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membantu ‘menyembuhkan’ negara ini.

-Advertisement-

Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid, berkata negara berhadapan perjalanan getir ekoran ketidakstabilan politik sejak kebelakangan ini sekali gus memerlukan semua pihak untuk bekerjasama rapat.

Menurut Setiausaha PKR Cabang Ampang itu, tidak salah sekiranya bekas menteri belia dan sukan itu bersabar seperti mana dalam kerajaan 22 bulan, dengan tidak mengelirukan golongan belia menerusi keghairahannya melakukan perubahan.

“Saya bersimpati dengan Syed Saddiq selaku Presiden MUDA kerana dipandang remeh berikutan kurangnya penerimaan di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Rakyat Malaysia bagaimanapun boleh mengukur keadaan dengan memahami beberapa kenyataan dan reaksi dibuat oleh Presiden MUDA termasuk ahlinya terhadap kohort Pakatan Harapan (PH).

“Negara kita yang tercinta ini melalui perjalanan getir dek ketidakstabilan politik sejak kebelakangan ini, berpunca kelicikan ahli politik yang korup dan mementingkan diri sendiri apabila sanggup mengorbankan masa depan negara demi kelangsungan hidup mereka.

-Advertisement-

“Syed Saddiq mesti menerima hubungan rapatnya dengan orang bukan ahli keluarganya itu untuk terus menimbulkan keraguan orang ramai. Tidak seharusnya ada sikap dwistandard terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyembuhkan negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Aidi Amin berkata adalah lebih baik Ahli Parlimen Muar itu mengelak daripada membuat kenyataan menyentuh kebebasan kehakiman negara kerana Syed Saddiq sendiri sedang menjalani perbicaraan berkait dakwaan rasuah.

Dengan tuduhan liar terhadap Perdana Menteri, beliau berkata Syed Saddiq kelihatan seperti orang yang menghalang kemajuan.

“Tuduhan liar lanjut terhadap integriti Perdana Menteri hanya akan membuatkan Syed Saddiq kelihatan sebagai reactionary (seorang yang kolot).

“Di Parlimen Sungai Buloh, kami percaya dengan membabitkan diri bersama semua pihak berkepentingan dan kerjasama dengan semua pihak melalui reformasi pemikiran,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427