DOHA, Qatar: Empat bulan sebelum Piala Dunia 2022 menyingkap tirainya di Qatar, kesemua lapan stadium yang menjadi gelanggang sudah siap dan sedia digunakan.
Selain reka bentuk menarik, jumlah gelanggang berkenaan juga adalah yang paling sedikit sejak edisi 1978 yang hanya dibarisi 16 pasukan di Argentina.
Jarak antara kelapan-lapan stadium yang berada dalam lingkungan 55 kilometer dari pusat bandar Doha, dan dihubungi oleh sistem pengangkutan awam, memudahkan peminat untuk menonton lebih daripada satu perlawanan sehari.
Setiap venue akan dikuasakan oleh panel solar, dan dilengkapi sistem penghawa dingin baik di kawasan terbuka atau tertutup.
Sebaik selesai kejohanan, salah satu stadium akan dirobohkan manakala enam daripadanya akan membuka separuh daripada tempat duduknya untuk dihantar ke negara membangun.
Berikut adalah stadium yang akan menjadi gelanggang Piala Dunia Qatar yang bermula November ini.
Stadium Lusail
Kapasiti: 80,000
– 10 perlawanan termasuk final
Stadium Al Janoub
Kapasiti: 40,000
-Tujuh perlawanan, sehingga kelompok 16 terakhir
Stadium Al Bayt
Kapasiti: 60,000
– Lapan perlawanan termasuk perlawanan pembukaan
Stadium Ahmad Bin Ali
Kapasiti: 40,000
– Tujuh perlawanan, sehingga kelompok 16 terakhir
Stadium Education City
Kapasiti: 40,000
– Lapan perlawanan, sehingga ke suku akhir
Stadium Al Thumama
Kapasiti: 40,000
– Lapan perlawanan, sehingga ke suku akhir
Stadium 974
Kapasiti: 40,000
– Tujuh perlawanan, sehingga kelompok 16 terakhir
Stadium Antarabangsa Khalifa
Kapasiti: 45,416
– Lapan perlawanan, termasuk penentuan tempat ketiga
-BH