PUTRAJAYA: 17 Mac 2020 (The Capital Post) – Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri Malaysia dapat mengawal situasi penularan wabak Covid-19 di Malaysia kata Dato Saifuddin Abdulah, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sewaktu bertemu dengan semua ketua – ketua editor berita.
Tambah beliau YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah mengumumkan beberapa bantuan semalam sangat komited dalam meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat.
“Keadaan Ekonomi Malaysia juga masih berjalan seperti biasa buat setakat ini” ujur beliau.
Menteri Komunikasi dan Multimedia tersebut juga memohon kerjasama pihak media dalam menyampaikan berita sahih kepada rakyat berikutan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penyebar berita palsu.
Kementeri Komunikasi dan Multimedia bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Majlis Keselamatan Malaysia akan terus memantau perkongsian berita. – The Capital Post