SIRIM bantu gelandangan gunting rambut percuma sempena Raya

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: SIRIM Berhad menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menyantuni seramai 40 gelandangan dengan menyediakan perkhidmatan pemotongan rambut secara percuma sempena Aidilfitri minggu depan.

-Advertisement-

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata SIRIM Berhad bersama tujuh tukang gunting rambut profesional mengambil inisiatif menggunting rambut gelandangan melalui program CSR SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat Jalanan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.

“Program yang diadakan itu adalah insiatif CSR SIRIM dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Walter College bagi mewujudkan jalinan emosi antara syarikat korporat bersama gelandangan sebagai usaha dan meningkatkan semangat mereka untuk lebih berkeyakinan.

“SIRIM Berhad akan terus menggalakkan usaha kelestarian dan tanggungjawab sosial melalui komitmen program CSR kepada golongan yang kurang berkemampuan dan alam sekitar dengan memberi tumpuan kepada elemen berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan program CSR SIRIM Hopeful Haircuts Sahabat Jalanan di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, di sini, hari ini.

Ahmad Sabirin berkata, SIRIM Berhad akan melaksanakan beberapa program CSR antaranya Peningkatan Persembahan Produk Usahawan Asnaf dan B40 serta Program Penanaman Pokok Bakau bagi mengurangkan jumlah karbon untuk mencapai sifar karbon bersi menjelang 2050.

-Advertisement-

“Kami berharap program gunting rambut berkenaan dapat menceriakan sahabat-sahabat kita yang menetap di pusat itu dan memudahkan mereka untuk merapikan diri sebelum lebaran tiba.

“Program separuh hari berkenaan turut dibantu oleh 30 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja SIRIM dan ia adalah program pertama seumpamanya dianjurkan oleh pihak kami,” katanya.

Program berkenaan akan dijadikan program tahunan SIRIM pada Ramadan dan akan dijalankan dengan lebih kerap bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Program berkenaan menjadi pilihan SIRIM pada kali ini adalah kerana tidak mahu golongan sahabat jalanan berkenaan tidak dilupakan.

“Pihak SIRIM terpanggil untuk sama-sama meraikan sahabat jalanan berkenaan supaya mereka tidak berasa terpinggir terutamanya ketika menyambut Aidilfitri,” katanya. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427