Sime Darby jual 70 peratus kepentingan dalam Jining Port Companies

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Anak syarikat milik penuh tidak langsung Sime Darby Bhd yang diperbadankan di Hong Kong, Sime Darby Overseas (HK) Ltd (SDOHK), telah menandatangani perjanjian pemindahan ekuiti (Fasa 1 ETA) dengan Jining Port and Shipping Development Group Co Ltd (JPSDG) untuk melepaskan keseluruhan 70 peratus kepentingan dalam Jining Port Companies bernilai 293.9 juta renminbi (RM181.6 juta).

-Advertisement-

Jining Port Companies terdiri daripada Jining Sime Darby Port Co Ltd, Jining Sime Darby Longgong Port Co Ltd dan Jining Sime Darby Taiping Port Co Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Sime Darby berkata pertimbangan agregat RM181.6 juta itu diperoleh berasaskan unjuran aliran tunai Jining Port Companies.

Fasa 1 ETA dijangka selesai dalam masa sebulan daripada tarikh pemeteraian pada 30 Nov 2020.

-Advertisement-

Sime Darby berkata anak syarikat itu juga turut menandatangani perjanjian pemegang saham untuk melanggan 49 peratus kepentingan ekuiti dalam Jining Port and Shipping Port Services Co Ltd (JPSPS) bernilai 199.9 juta renminbi (RM123.5 juta).

SDOHK dan JPSDG akan mewujudkan satu jentera baharu, JPSPS, untuk memajukan ekonomi pelabuhan tempatan, menurut Sime Darby.

Di samping itu, SDOHK turut memeterai ETA dengan JPSDG bagi melepaskan kesemua 49 peratus kepentingan ekuiti dalam JPSPS bernilai 213.7 juta renminbi (RM132 juta) selama tiga tahun.

Semua cadangan dijangka tidak memberikan kesan material terhadap pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan gearan Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021.– BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427