KUCHING: Seorang mangsa perahu karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di Lundu ditemui lemas hari ini.
Mayat pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.58 pagi.
Pencarian diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa, iaitu pelajar perempuan Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17.
-BeritaHarian