Semua masjid, surau di Wilayah Persekutuan boleh beroperasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, untuk beroperasi dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan sebelum ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran beroperasi itu tidak membabitkan surau dna masjid yang berada dalam zon merah.

-Advertisement-

Katanya, kebenaran itu diberikan berikutan melihat pihak jemaah dan pengurusan masjid dapat mematuhi SOP yang digariskan dengan sempurna selepas kebenaran mula diberikan pada Jumaat lalu.
“Memandangkan kadar pematuhan SOP yang tinggi, mesyuarat khas menteri hari ini memberi kebenaran beroperasi kepada semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan, kecuali masjid dan surau di zon merah.
“SOP yang ditetapkan adalah masih sama iaitu jumlah jemaah adalah satu pertiga daripada kapasiti sebenar ruang solat utama masjid dan surau, di samping mencatat kehadiran jemaah dan sebagainya.
“Namun, masjid dan surau di negeri lain tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pematuhan PKPP di Putrajaya, hari ini.
-BH

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427