PETALING JAYA: Semua ADUN Barisan Nasional “secara konsensus” mencalonkan Ketua Umno Perak, Saarani Mohammad, sebagai menteri besar baharu, menggantikan Ahmad Faizal Azumu dari PPBM yang tersingkir dalam undian percaya baru-baru ini, kata ADUN Rungkup, Shahrul Zaman Yahya.
“Kita serahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak untuk pertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih sebagai menteri besar,” katanya di Instagram. -FMT