Selangor beri rebat pengangkutan ke PPV

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian rebat pengangkutan bagi penggunaan Grabcar sebanyak RM20 kepada orang ramai untuk pergi dan balik dari mana-mana pusat pemberian vaksin (PPB) di negeri itu.

-Advertisement-

Inisiatif itu diperoleh menerusi kerjasama strategik yang dimetarai antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dengan Grab Malaysia. Kerjasama itu bertujuan mewujudkan ekosistem untuk memudahkan rakyat Selangor memanfaatkan teknologi dan digitalisasi.

Melalui perjanjian kerjasama itu Grab Malaysia akan terbabit secara langsung bagi menjayakan pelbagai inisiatif dalam agenda digitalisasi Selangor melalui perkhidmatan GrabExpress, GrabFood, GrabCar dan GrabPay.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerjasama itu disasar memberi kesan positif kepada rakyat Selangor dalam menjalani kehidupan norma baharu berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

-Advertisement-

“Kerajaan Selangor sentiasa meneroka peluang dan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam membantu rakyat negeri ini untuk mengharungi kehidupan yang mencabar di masa ini, seterusnya menjadikan ianya sebahagian daripada kebiasaan baharu nanti” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan MBI hari ini.

Kerjasama Selangor dengan Grab Malaysia bermula sejak tahun lalu apabila syarikat itu membantu peniaga bazar Ramadan untuk berniaga secara dalam talian menerusi GrabFood.

Amirudin berkata, sebagai penghargaan kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah kad SIM percuma kepada rakan penghantar Grab bagi membantu mengurangkan kos operasi mereka.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427