Sekretariat APEC sokong keputusan Chile gantung penganjuran minggu pemimpin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyokong keputusan Chile untuk menggantung penganjuran Minggu Pemimpin APEC, kata Pengarah Eksekutifnya, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria hari ini.

-Advertisement-

“Presiden @sebastianpinera, Pengerusi APEC Chile 2019, telah mengumumkan bahawa Minggu Pemimpin APEC tidak akan diadakan di Chile pada tahun ini. Keselamatan dan kesejahteraan Chile serta negara anggota kita adalah keutamaan mutlak APEC.

“Sehubungan itu, Sekretariat APEC menyokong keputusan Chile untuk menggantung penganjuran Minggu Pemimpin APEC tersebut,” katanya menerusi catatan di twitter.

-Advertisement-

Acara itu sepatutnya diadakan pada 16 dan 17 Nov, 2019.

Beliau turut berterima kasih kepada Chile kerana menggalakkan lebih banyak pertumbuhan secara inklusif sepanjang tempohnya sebagai hos, termasuk memberi keutamaan kepada usaha pemerkasaan wanita dan perniagaan kecil.

“Semua anggota APEC perlu terus melanjutkan agenda kritikal ini bagi memastikan kesemua komuniti di seluruh Asia-Pasifik dapat menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi dan integrasi,” katanya. Malaysia akan menjadi tuan rumah APEC pada 2020.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427