Sekolah di Selangor, Johor miliki kepadatan murid tertinggi – KP KPM

Estimate Reading Time: 2 minutes

SEREMBAN: Sekolah di Selangor dan Johor antara lokasi mengalami kepadatan murid yang agak serius dan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil inisiatif dalam menangani permasalahan itu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata pihaknya sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor dan antara inisiatif diambil menanganinya termasuk membina sekolah baharu.

“Memang kita (KPM) sedar berlaku kepadatan murid di sekolah khususnya di Selangor dan Johor. Anak-anak kita yang mendaftar untuk Tahun Satu dan Tingkatan Satu agak tinggi dan kementerian sudah pun ada inisiatif bagi menangani isu berkaitan kepadatan murid tinggi.

“Pada hari ini (17 Februari) ada dua sekolah baharu yang mula beroperasi di Selangor iaitu SK Taman Pelangi Semenyih dan SK Denai Alam.

“Ada 17 sekolah lagi yang akan mula beroperasi pada tahun depan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan 1 Juta Buku Tulis Kitar Semula di SK Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Khalida Omar dan Guru Besar SK Taman Seri Pagi, Amir Fikri Ithnin.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464