Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestrari dan RM52.48 bilion i-Sinar diluluskan – Zafrul

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala, setakat 14 Mac, 2021, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan, katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau, di sini, hari ini.

-Advertisement-

-Advertisement-

Menurutnya, mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

“Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh KWSP secara percuma untuk tujuan ini,” katanya.

Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service.

— BERNAMA

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427