Sambutan 60 Tahun Parlimen Malaysia amat bermakna kali ini – Tun M

Estimate Reading Time: 2 minutes

Kuala Lumpur, 5 Dis 19 (The Capital Post) – “Sambutan ini amat bermakna kerana ia diraikan setahun selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14.” Kata Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.

-Advertisement-

“Walaupun berlaku perubahan dari segi parti yang menerajui Kerajaan buat pertama kalinya sejak Merdeka, namun tradisi dan amalan demokrasi terdahulu tetap diteruskan dan dipertahankan, dan di mana perlu, kita perbaiki.”

“Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama lebih 60 tahun ini telah memberi kuasa kepada rakyat dalam memilih Kerajaan yang akan memerintah.”

“Dalam tempoh pemerintahan yang diamanahkan untuk satu penggal tidak melebihi 5 tahun, Kerajaan yang dipilih tidak boleh memerintah sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Jika kuasa yang diamanahkan itu disalahguna dan membawa keburukan kepada rakyat ataupun untuk kepentingan peribadi, Kerajaan akan dihukum seperti yang kita telah saksi di dalam pilihanraya yang lalu.”

“Sistem demokrasi adalah sesuatu yang hidup dan berterusan. Undang-undang yang kita perkenalkan pada satu masa dahulu kerana keperluan semasa terpaksa kita pinda dan adakala dimansuh kerana sudah tidak relevan atau tidak sesuai dengan amalan dan semangat demokrasi masa kini.”

-Advertisement-

“Malaysia baharu yang terbina lebih daripada setahun lalu menuntut pembaharuan dan reformasi besar dalam semua segi, bukan sahaja pengurusan pentadbiran Kerajaan, politik dan cara berpolitik, malah perwatakan kita sebagai Wakil Rakyat juga perlu diubah.”

“Kuasa yang diamanahkan kepada Kerajaan oleh rakyat bukan sesuatu untuk kita bermegah-megah tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan amanah tersebut dengan penuh integriti, adil dan saksama.”

“Jika mahu dipercayai dan dihormati, jangan lakukan perkara-perkara yang merendahkan martabat kita dan pamerkan sifat-sifat yang baik dan idea-idea konstruktif yang boleh membawa kepada sesuatu kejayaan.”

“Ahli politik perlu mengamalkan politik yang beretika dan berhujah dengan fakta yang betul. Setiap perkara yang dibahaskan dan apa jua tindakan yang akan dilaksanakan haruslah berlandaskan kejujuran dan kebijaksanaan, elakkan berpolitik dengan pemikiran yang sempit dan penuh kebencian” Ujur beliau dalam satu kenyataan media. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427