Sabah sekat kemasukan dari lima negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah memutuskan untuk menyekat kemasukan bagi semua individu dari lima negara iaitu India, Perancis, Amerika, Afrika dan Brazil memasuki Sabah berkuat kuasa hari ini.

-Advertisement-

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, berkata larangan terbabit adalah bagi mencegah penularan varian baharu (Variant of Concern) atau VoC dari negara yang disenaraikan terbabit.

“Bagaimanapun, pengecualian masuk ke negeri Sabah diberikan kepada rakyat Sabah serta pasangan (suami atau isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja.

-Advertisement-

“Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

“Sehubungan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menjalankan prosedur ‘signoff’ di negeri Sabah.

“Tetapi kru warganegara Malaysia dikecualikan dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan,” katanya.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427