Russia hentikan latihan ketenteraan dekat Ukraine

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOSCOW: Menteri Pertahanan Russia mengarahkan latihan tentera berhampiran sempadan Ukraine dihentikan, sekali gus meredakan ketegangan di wilayah itu.

-Advertisement-

Latihan membabitkan puluhan ribu tentera dan berbelas buah kapal perang serta kelengkapan perang lain sejak kebelakangan ini turut meningkatkan kebimbangan Barat.

Pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky, mengalu-alukan tindakan itu selepas berlaku pertempuran yang berlarutan sehingga beberapa minggu di timur antara negara bekas Soviet itu dan puak pemisah pro Moscow.

Bercakap ketika sesi latihan di semenanjung Crimea yang ditawan oleh Moscow pada 2014, Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu, berkata tentera negaranya akan mula berundur ke pangkalan tetap hari ini.

“Tentera sudah menunjukkan kemampuan mereka untuk memastikan perlindungan yang boleh diharapkan di negara kami.

“Saya membuat keputusan menghentikannya termasuk pemeriksaan di daerah ketenteraan selatan dan barat,” katanya sambil menambah pengunduran tentera perlu selesai pada 1 Mei.

Pengumuman itu dibuat selepas negara Barat meminta Presiden Russia, Vladimir Putin, menarik semula tenteranya serta pemimpin Ukraine bersedia mengadakan pertemuan dengan ketua Kremlin di timur Ukraine yang sedang berperang.

-Advertisement-

Shoigu, yang tiba di Cremia awal sehari untuk menyaksikan latihan ketenteraan, berkata Moscow memantau rapat pergerakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan kekal berwaspada.

Shoigu dan ketua angkatan tentera, Valery Gerasimow, masing-masing mengawasi latihan dari pentas tontonan ketika helikopter terbang melepasi mereka.

Kementerian Pertahanan menyiarkan rakaman dramatik pergerakan taktikal laut dan darat menunjukkan tentera berlatih mengendalikan kenderaan amfibia, jet pejuang dan kenderaan tempur.

Sebagai tindak balas kepada pengumuman Russia, Zelensky, menerusi ciapan di Twitter, berkata pengurangan tentera di sempadan secara berkala dapat mengurangkan ketegangan.

Semalam, Kiew sekali lagi menuduh Russia melanggar perjanjian gencatan senjata dengan mendakwa seorang lagi tenteranya maut dalam serangan ketika pasukan tentera Russia bertindak menutup kedudukan strategik tentera Ukraine.

“Musuh sengaja melanggar gencatan senjata dan enggan mematuhi perjanjian yang ada,” kata tentera Ukraine.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427