Ronaldo ledak dua gol atasi Udinese

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Cristiano Ronaldo meledak dua gol lewat permainan buat Juventus menang 2-1 di Udinese, beberapa jam selepas gergasi Turin itu hilang mahkota Serie A kepada Inter Milan.

-Advertisement-

Inter memecahkan dominasi sembilan tahun Juve dalam saingan domestik dengan gelaran ke-19 ‘Scudetto’ selepas pencabar terdekat, Atalanta seri 1-1 di Sassuolo lalu memberikan ‘Nerazzurri’ kelebihan 13 mata berbaki empat perlawanan.

Skuad kendalian Antonio Conte hanya perlu satu mata untuk meraih gelaran dan menafikan kejuaraan ke-10 berturut-turut Juve dalam liga.

-Advertisement-

Kemenangan membawa Juve ke tangga ketiga ketika mereka menyasarkan tempat ke Liga Juara-Juara, namun kini sama 69 mata berbanding pasukan tangga kedua, Atalanta dan AC Milan keempat.

Napoli dua mata di belakang di kedudukan kelima selepas seri 1-1 berdepan Cagliari manakala Lazio masih boleh mengejar, lima mata di belakang kelompok empat teratas berbaki satu perlawanan dalam tangan selepas menang 4-3 mengatasi Genoa.

“Sembilan tahun sudah tamat, kami tidak lagi boleh mengaitkan Scudetto dengan jersi kami, tapi kami akan bermula kembali dengan semangat yang sama seperti sebelum ini,” kata jurulatih Juve, Andrea Pirlo.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427