Ronaldo belum sedia tinggalkan Portugal

Estimate Reading Time: < 1 minute

LISBON: Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi yang dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa dalam masa terdekat.

-Advertisement-

Portugal akan melayan kunjungan Croatia dalan aksi pembukaan Liga Negara-Negara esok sebelum bertemu Scotland dalam Liga A Kumulan Satu pada Ahad.

“Itu semua daripada media. Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya yang karier saya (bersama Portugal) akan berakhir. Malah ia sebaliknya; ia membuatkan saya tambah bersemangat.

“Misi saya ialah memenangi Liga Negara-Negara bersama pasukan kebangsaan. Kami sudah memenanginya sekali dan kami mahu mengulanginya.

“Saya akan mengatakan perkara yang sama berulang kali, tetapi saya tidak berfikir jauh ke depan, sentiasa jangka pendek,” kata Ronaldo.

-Advertisement-

Ronaldo menerajui Portugal ketika memenangi edisi sulung Liga Negara-Negara pada musim 2018-19, tiga tahun selepas mereka menjuarai Kejuaraan Eropah buat pertama kali di Perancis.

“Sehingga karier saya berakhir, saya akan sentiasa menetapkan dalam fikiran saya yang saya akan memulakan permainan.

“Apa yang saya rasa sekarang, dan kata-kata pengendali (Roberto Martinez) juga senada, yang saya akan terus menjadi aset untuk pasukan kebangsaan dan akan menjadi orang pertama (mengakuinya) apabila ia berakhir.

“Apabila tidak lagi menjadi aset, saya akan jadi orang pertama meninggalkan (pasukan),” kata Ronaldo.
– REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427