Rice rayu peminat bersabar

Estimate Reading Time: < 1 minute

INGLEWOOD, Amerika Syarikat: Declan Rice mengetepikan tanda harganya £105 juta (RM616 juta) dan berkata: “Nilai saya dengan bayaran perpindahan itu dalam tempoh enam tahun.”

-Advertisement-

Pemain tengah England berusia 24 tahun itu muncul pembelian termahal Arsenal selepas menyertai mereka dari West Ham United.

Rice memberitahu peminat Gunners yang teruja dia mahu melonjak kelab itu menjadi juara Eropah selain memenangi banyak trofi domestik.

“Anda hanya mempunyai satu peluang untuk menyertai kelab hebat dalam bola sepak dan saya hadir ke Emirates untuk memenangi trofi.
“Mereka berhak beraksi dalam Liga Juara-Juara sekali lagi dan kami bertanding untuk memenanginya, bukan hanya sekadar mengambil bahagian.

“Mereka terlalu hampir untuk memenangi kejuaraan liga musim lalu dan ia bukannya secara kebetulan.

“Jadi saya fikir kami boleh bertindak lebih baik kali ini dan pastinya ia menjadi sasaran kami. Arsenal sudah menang Piala FA dan Perisai Komuniti di bawah Mikel (Arteta).

“Kini masanya untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana.

-Advertisement-

“Saya sedar saya dibeli dengan harga £105 juta dan pastinya ini akan meningkatkan pengharapan selain mereka memantau saya.

“Setiap orang mempunyai pendapat dan saya tidak boleh mengawal apa yang mereka cakap.

“Tetapi jika anda mahu menilai saya, lakukannya dalam tempoh lebih setahun, lakukannya dalam tempoh enam tahun kontrak saya.”

Arsenal membayangkan cita-cita besar mereka dengan berbelanja £200 juta (RM1.17 bilion) setakat ini pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Selain Rice, Kai Havertz hadir dari Chelsea dengan harga £65 juta (RM381 juta) di samping pertahanan Jurrien Timber – pembelian £34.5 juta (RM202 juta) dari Ajax.

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427