Rayuan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram tiada merit: Mahkamah Rayuan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini menolak rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapat kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah dihadapinya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1. 25 bilion.

-Advertisement-

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hanipah Farikullah yang bersidang bersama Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun sebulat suara menolak rayuan Rosmah selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Sehubungan itu, panel terbabit memerintahkan isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membayar kos sebanyak RM10,000, melalui prosiding yang dijalankan secara Zoom hari ini.

-Advertisement-

Rosmah merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Ogos 2022 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman selepas membenarkan bantahan awal pendakwaan yang bertindak sebagai responden dalam rayuan ini.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas berpuas hati permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh yang ditetapkan.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427