Rashford rayu peminat henti sebar khabar angin

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Marcus Rashford meminta peminat Manchester United berhenti menyebarkan khabar angin yang mempersoalkan masa depannya di Old Trafford.

Penyerang England itu – yang meledak 30 gol musim lalu – hanya menjaringkan satu gol dalam 14 perlawanan pada kempen kali ini.

Prestasinya mula dikritik peminat, dengan sesetengah penyokong mempersoalkan sama ada pemain 26 tahun itu layak membarisi kesebelasan utama Erik ten Hag.

Rashford tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 United ke atas Fulham pada Sabtu, dengan Ten Hag mendedahkan bintang England itu cedera.

Saluran peminat The United Stand kemudian memuat naik video bertajuk: “Masa depan Rashford diragui?”

Rashford tidak berpuas hati dengan video berkenaan, dan dia membalasnya dengan kenyataan: “Tolong henti sebar khabar angin berniat buruk.”

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, United Stand berkata: “Berdasarkan kecederaan Rashford ketika aksi Fulham dan persembahannya yang di bawah par, timbul persoalan, adakah dia layak untuk membarisi kesebelasan utama Manchester United secara tetap?”

United Stand adalah saluran peminat terbesar kelab itu yang mempunyai 1.77 juta pengikut di YouTube.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464