Ranking IPTA, kemaruk gajet, antara tumpuan Dewan Rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Ranking institusi pengajian tinggi awam dan swasta di peringkat global mengikut ‘Global Higher Education Ranking System’ dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

-Advertisement-

Ia dibangkitkan Datuk Aaron Ago Dagang (PRS-Kanowit) yang turut meminta jumlah universiti dan pelajar di Malaysia pada tahun ini, yang mana pertanyaan itu terkandung dalam aturan mesyuarat seperti dipaparkan di laman web Parlimen.

Tidak kurang menarik adalah pertanyaan daripada Datuk Azizah Mohd Dun (PH-Beaufort) yang meminta penjelasan berkaitan tindakan pihak berwajib dalam menangani isu kelekaan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak pada era ini.

Selain itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula ingin tahu punca kelewatan dalam membentangkan Akta Gangguan Seksual di Parlimen serta sama ada akta itu juga akan melindungi kaum lelaki juga yang menjadi mangsa gangguan seksual.

-Advertisement-

Usai sesi itu, tumpuan persidangan teralih pula kepada pembentangan kali pertama Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 oleh Kementerian Pengangkutan.

Persidangan kemudian dijangka terarah kepada Rang Undang-undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 yang menyambung perbahasannya.

Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427