Rangnick mahu kekal rentak berdepan Turkiye

Estimate Reading Time: 2 minutes

LEIPZIG, Jerman: Tidak ramai yang berpuas hati apabila Austria mengambil Ralf Rangnick pada 2022 selepas tempoh mengecewakan di Manchester United, namun pengendali berusia 66 tahun dari Jerman itu menukar Austria menjadi satu daripada pencabar Euro 2024 – dan mendapat penghormatan daripada negara berkenaan.

-Advertisement-

Austria menjadi antara cerita besar dalam kejohanan selepas berjaya menandingi lawan handal, Perancis dan Belanda untuk mendahului kumpulan akan berdepan Turkiye [pada pusingan 16 terakhir awal pagi Rabu ini.

Selepas tewas 0-1 kepada naib juara dunia, Perancis, Austria menang 3-1 mengatasi Poland dan 3-2 ke atas Belanda yang dipenuhi bintang dan menempah aksi kalah mati hanya untuk kali kedua.

“Untuk menjadi juara kumpulan pada penghujungnya ialah sesuatu yang menakjubkan,” kata Rangnick selepas kemenangan mengatasi Belanda.

“Apabila anda menewaskan Belanda dan menang kumpulan, anda tidaklah seteruk mana,” kata pemain tengah Borussia Dortmund, Marcel Sabitzer yang menjaringkan gol kemenangan mengatasi Belanda.

Rangnick mewarisi skuad Austria yang gagal layak ke Piala Dunia 2022.

Mereka bermain gaya tidak menarik dan penyokong Austria mula tidak menyukainya.

Rangnick, mendatangkan pengaruh kepada jurulatih seperti Juergen Klopp dan Thomas Tuchel menerusi gaya dikenali sebagai “bapa gegenpressing,” iaitu taktik memberi tekanan untuk segera mendapatkan bola jauh di tengah padang.

-Advertisement-

Austria kini bermain dengan bebas dan suka mengambil risiko, tampak menonjol pada peringkat kumpulan berbanding pendekatan lebih konservatif seperti England dan Belgium yang menjadikan mereka satu daripada pasukan menarik untuk disaksikan.

“Anda boleh lihat apabila ada penggiliran pemain, tiada apa yang kurang,” kata Sabitzer.

“Setiap orang tahu apa yang mereka perlu lakukan dalam posisi mereka apabila berada di padang.”

Ketika Austria membelasah Turkiye 6-1 dalam aksi persahabatan pada Mac, mereka akan berdepan cabaran lebih sengit daripada lawan itu – yang mara ke kelompok kalah mati pertama kali sejak 2008 – di Leipzig.

Turkiye juga mendapat sedikit rentak selepas Cenk Tosun masuk dari bangku simpanan dan memberikan kemenangan berdepan Republik Czech yang bermain 10 orang seterusnya ke kelompok 16 terakhir.

-REUTERS

-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373