Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 16 Jan 2023 (The Capital Post): Pelakon Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, pagi ini.

-Advertisement-

Puteri Sarah dilihat berjubah dan tudung berwarna hitam tiba pada jam 10.25 pagi dengan menaiki Mercedes berwarna kelabu dengan diiringi dua adiknya.

Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 9 pagi bagi membuat liputan kes pelakon berusia 38 tahun itu.

Khamis lalu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengesahkan kepada BH akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Puteri Sarah sebelum ini berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.

Malah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan, keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Menerusi temubual bersama BH, Sabtu lalu, Puteri Sarah menyangkal tuduhan dirinya antipoligami hanya kerana tidak sanggup bermadu.

“Ramai tuduh saya antipoligami. Mereka kata saya tak nak ikut suruhan Allah, tetapi itu semua tak betul.

-Advertisement-

“Cuma saya, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” katanya.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427