PSMB komited lahir jurulatih profesional

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA – Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) komited mengadakan program latihan terbaik untuk melahirkan jurulatih profesional yang akan membantu golongan pekerja mengekalkan kebolehpasaran pada masa hadapan.

-Advertisement-

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, program latihan berinovasi itu juga dapat mempersiapkan golongan pekerja untuk berdepan cabaran ketika pandemik Covid-19.

Menurutnya, selain melatih dan mengembangkan kemahiran baharu pekerja, bantuan serta sokongan perlu diberikan dalam tempoh peralihan supaya mereka dapat menerima atau menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran kerja.

“Oleh itu penting untuk kita melahirkan jurulatih profesional melalui Kursus Pensijilan Train-The-Trainer (TTT) bagi pembangunan tenaga kerja.

-Advertisement-

“Jurulatih profesional perlu memiliki kualiti pemikiran strategik, berpengalaman dalam bidang kepakaran dan cemerlang berkomunikasi dengan kemahiran penilaian yang luar biasa,” katanya ketika merasmikan Majlis Penghargaan Kursus Pensijilan TTT PSMB di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga 31 Julai 2020, terdapat 77 kumpulan melibatkan 637 peserta itu berjaya menamatkan kursus tersebut di bawah Rangka Kerja Pembangunan Jurulatih baharu.

Pada majlis sama, Saravanan turut menyampaikan surat lantikan kepada 19 penyedia latihan yang berkelayakan sebagai vendor rasmi kursus berkenaan.

Kursus Pensijilan TTT diperkenalkan oleh PSMB pada 1996 dan dibangunkan Jabatan Pembangunan Kemahiran berdasarkan Piawaian Kompetensi Kebangsaan pada 2003. -SINAR HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427