JERUSALEM: Perhimpunan besar-besaran tercetus di seluruh Israel semalam selepas Ahli Parlimen meluluskan undang-undang pertama yang mengehadkan kuasa Mahkamah Agung, satu langkah penting dalam rancangan kontroversi kerajaan sayap kanan untuk merombak sistem kehakiman negara itu, lapor Xinhua.
Undang-undang itu diluluskan dengan 64 menyokong, tanpa undi veto di Parlimen yang mempunyai 120 kerusi, dengan Ahli Parlimen pembangkang memboikot undian terakhir.
Undang-undang itu membatalkan kuasa Mahkamah Agung untuk menolak keputusan kerajaan yang dianggap ‘tidak munasabah’.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk melemahkan Mahkamah Agung dan menyusun semula sistem kehakiman.